SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok telah didirikan pada tahun 1964. Pengasas utama ialah Encik Mohamad Samad dan Encik Ismail Abdul Rahman. Kampung Bukit Jerok di kelilingi hutan rimba dan binatang-binatang buas. Mereka telah mengetuai orang kampung dan berpakat  bergotong royong untuk mendirikan sekolah.

            Pada tahun 1966, sekolah tersebut terpaksa dirobohkan dan dipindahkan dari Kampung Bukit Jerok ke Kampung Anak Musang tetapi sekolah ini tetap dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok.

             Encik Mohamad samad dan encik Ismail Abdul Rahman telah berusaha berjumpa dengan Wakil Rakyat dan pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri pada masa itu. Mereka memohon agar dapat membina sekolah yang lebih baik. Pada akhir tahun 1966, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membina sekolah yang lebih baik. Pada awal tahun 1967, sebuah bangunan sekolah yang indah dibina dengan bilangan anak didik  seramai 25 orang dan 2 orang guru.